27 Mac 2014
21 Mac 2014
10 Mac 2014
BH SUKAN, 10 MAC 2014: KARNIVAL SUKAN PARIT PULAI MERIAH
Headline: Karnival sukan Parit Pulai meriah
Publication: BH
Date of publication: Mar 10, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 045
Byline / Author: Oleh Hai Rozzaman Jalal
Ledang: Karnival Sukan 2014 anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Pulai bersama UMNO Bahagian Ledang selama dua hari di sini, baru-baru ini menyemarakkan semangat kesukanan di kalangan penduduk kampung di daerah ini.
Pengerusi
JKKK Parit Pulai, Mohd Som Leman, berkata program itu disertai
kira-kira 350 orang merangkumi penduduk pelbagai latar belakang dan
peringkat umur.
Katanya, penganjurannya antara lain bertujuan memupuk semangat kerjasama selain mengeratkan hubungan antara masyarakat kampung.
"Pelbagai
acara diadakan sepanjang program termasuk pertandingan futsal, bola
jaring, merentas desa dan sukaneka yang disertai pelbagai golongan
termasuk kanak-kanak dan belia.
"Bagi golongan dewasa pula,
mereka dihidangkan dengan pertandingan memancing, gubahan, masakan kuih
lapis dan karaoke yang kebanyakannya mendapat sambutan baik peserta,"
katanya.
Mohd Som berkata, perasmian karnival itu disempurnakan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abdul Razak Minhat manakala
penutupan dilakukan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri merangkap Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Hamim Samuri.
Acara tahunan
Katanya,
karnival sukan itu berjaya mencapai objektif apabila golongan sasaran
di kalangan penduduk kampung turut serta dalam program itu, sekali gus
mendorong pihaknya menganjurkan ia sebagai acara tahunan.
"Penganjur
gembira dengan sambutan yang diberikan semua pihak terbabit dan
berharap ia akan terus mendapat sokongan apabila diadakan pada masa
depan," katanya.
28 Februari 2014
BH 28 FEBRUARI 2014: KOSPEN DIDIK GAYA HIDUP SIHAT
Headline: KOSPEN didik gaya hidup sihat
Publication: BH
Date of publication: Feb 28, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 032
Ledang: Program Komuniti Sihat
Perkasa Negara (KOSPEN) anjuran Kementerian Kesihatan menjadi pendekatan
terbaik menangani peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD).
Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri,
berkata masyarakat dapat mengetahui tahap kesihatan mereka menerusi
sukarelawan KOSPEN dari kalangan penduduk kampung yang dilatih
menjalankan pemeriksaan saringan.
Katanya, langkah awal menjaga
kesihatan dan amalan gaya hidup sihat penting kerana Malaysia adalah
antara negara yang mempunyai peratusan populasi dewasa tertinggi
menghidap obesiti, diabetes dan hipertensi di rantau Asia.
"Sukarelawan
KOSPEN yang dilatih Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan saringan
kesihatan penduduk kampung bagi mengenal pasti tahap awal kesihatan
mereka sebelum dirujuk ke hospital jika berisiko tinggi.
Tingkat kesedaran
"Program
KOSPEN baik dalam usaha meningkatkan kesedaran membudayakan amalan gaya
hidup sihat dalam kalangan masyarakat," katanya berucap pada Program
Sukarelawan KOSPEN Kampung Parit Haji Idris, dekat sini.
Kampung
Parit Haji Idris terpilih daripada tujuh KOSPEN di daerah ini dan acara
berbasikal, berjalan 10,000 langkah dan saringan kesihatan yang
dikendalikan sukarelawan terlatih turut diadakan sempena program itu.
Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang
berkata, usaha kerajaan mengurangkan subsidi gula wajar bagi membantu
rakyat mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula
dalam pemakanan harian.
Katanya, kerajaan membelanjakan
kira-kira RM2 bilion setahun bagi merawat pesakit kencing manis yang
dihidapi rakyat negara ini akibat pemakanan berasaskan gula yang diambil
secara berlebihan.
24 Februari 2014
BH 24 FEBRUARI 2014: BARANG BUKAN KAWALAN TAK BOLEH NAIK HARGA
Headline: Barang bukan kawalan tak boleh naik harga
Publication: BH
Date of publication: Feb 24, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 024
Ledang: Kerajaan akan bertindak
tegas terhadap pembekal dan peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan
harga barangan keperluan harian sehingga membebankan pengguna.
Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri,
berkata walaupun barangan keperluan harian seperti ikan dan sayuran
bukan dalam kategori harga kawalan, mereka tidak sepatutnya menaikkan
harga tanpa sebab.
Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan melalui penguat kuasa di setiap cawangan
membuat pemantauan harga setiap hari di premis perniagaan khususnya di
pasar awam.
"Kerajaan tidak boleh mengawal harga barang keperluan
harian ini tetapi boleh memantau kerana pada asasnya peniaga tidak
boleh mengambil keuntungan atau menaikkan harga sewenang-wenangnya.
"Kerajaan
sentiasa mengambil kira rungutan pengguna mengenai kenaikan harga ikan
dan sayuran di pasaran dengan mengenalpasti punca sebenar harganya
meningkat," katanya yang juga Ahli Parlimen Ledang selepas meninjau harga barangan keperluan harian di Pasar Awam Tangkak, di sini.
Turut hadir, Ketua Pejabat KPDNKK Cawangan Muar, Md Arifin Baharin dan Setiausaha Majlis Daerah Tangkak (MDT), Sulaiman Ismail.
Hamim
berkata, dalam tinjauan itu, beliau berpuas hati apabila peniaga
meletakkan tanda harga pada semua barangan yang dijual walaupun cara
pelabelan tidak standard.
Katanya, cara pelabelan tanda harga
perlu dikemaskini bagi membolehkan pengguna dapat melihat tanda harga
dengan jelas selain memudahkan mereka membuat pilihan sebelum membeli.
14 Februari 2014
HARIAN METRO, 14 FEBRUARI 2014: BERTEMU SELEPAS 20 TAHUN
Headline: Bertemu selepas 20 tahun
Publication: HM
Date of publication: Feb 14, 2014
Section heading: Variasi
Page number: 012
Byline / Author: Oleh Hai Rozzaman Jalal
SERAMAI 40 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Gambir, Ledang mengadakan Reunion X-SMBG 87/88 untuk mengumpulkan rakan persekolahan yang lama terpisah.
Mereka yang hadir ialah bekas pelajar sekolah itu dari 1987 hingga 1988.
Penyelaras
program, Zainuden Ahmad, 42, berkata, idea program itu dicetuskan
rakannya, Norshilawati Husin bagi menjejak rakan lama melalui laman
sosial dan telefon.
"Ada yang berpisah lebih 20 tahun kerana berpindah atau bertugas di luar Bukit Gambir.
"Pertemuan ini sebagai permulaan untuk menemukan semula rakan sekolah SMBG dan keluarga masing-masing.
"Bukan mudah untuk mengumpulkan mereka kerana masing-masing terikat dengan tugas dan komitmen keluarga.
"Tetapi
apabila bertemu, kami melepaskan rindu dengan mengimbau zaman
persekolahan," katanya yang menjadikan pekarangan rumahnya di Kampung
Simpang 5 Pekan sebagai lokasi pertemuan itu.
Beberapa aktiviti
diadakan sempena pertemuan itu antaranya tahlil ringkas untuk ibu bapa,
bekas guru serta rakan yang meninggal dunia, pelantikan ahli
jawatankuasa, sembang santai dan karaoke.
Rakannya, Lizah Tamyiz
pula berkata, pertemuan kali pertama itu amat menyeronokkan kerana dapat
berjumpa rakan lama yang terpisah lebih 20 tahun.
"Pertemuan
pertama ini juga membolehkan kami melantik Norshilawati sebagai
pengerusi bagi merangka pertemuan lebih besar nanti," katanya.
11 Februari 2014
06 Februari 2014
BH 06 FEBRUARI 2014: CABARAN ASPIRASI RENTAP TAKRAW TARIK BAKAT MUDA
Headline: Cabaran Aspirasi Rentap Takraw tarik bakat muda
Publication: BH
Date of publication: Feb 6, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 044
Byline / Author: Oleh Hai Rozzaman Jalal
Date of publication: Feb 6, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 044
Byline / Author: Oleh Hai Rozzaman Jalal
Ledang: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang bersama Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Ledang akan menganjurkan program Cabaran Aspirasi Rentap Takraw, 1 Mac ini.
Ketua Pemuda UMNO Ledang, Sahrihan Jani, berkata pertandingan itu diadakan bagi menarik golongan muda dalam Parlimen Ledang yang meminati permainan tradisi itu menyertai cabaran tersebut.
Katanya, pertandingan itu dibuka kepada dua kategori iaitu remaja bawah 18 tahun dan senior yang akan diadakan di Dewan Serbaguna Anjung Batu 2, Tangkak.
"Tiada yuran penyertaan dikenakan bagi kategori remaja manakala kategori senior bayaran RM20 dikenakan," katanya.
Hadiah wang tunai
Sahrihan berkata, pihaknya menawarkan hadiah wang tunai selain trofi bagi pemenang kategori senior dan remaja dengan tarikh tutup penyertaan dan pengundian akan diadakan pada 22 Februari jam 5 petang di Dewan Serbaguna Anjung Batu 2, Tangkak.
"Mana-mana pasukan yang ingin menyertai pertandingan dan mahu mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi Rizal Sharif (010-7177091) atau Norizan Azali (013-6200202)," katanya.

05 Februari 2014
BH2 05 FEBRUARI 2014: CABARAN TANGANI KEBAKARAN TANAH GAMBUT
Headline: Cabaran tangani kebakaran tanah gambut
Publication: BH
Date of publication: Feb 5, 2014
Section heading: BH2
Page number: 002
Byline / Author: Oleh Hai Rozzaman Jalal
Date of publication: Feb 5, 2014
Section heading: BH2
Page number: 002
Byline / Author: Oleh Hai Rozzaman Jalal
Seramai 40 anggota bomba dan penyelamat berkampung di Kampung Sengkang Batu 20, dekat Bukit Gambir, di Johor, sejak 17 Januari lalu.
Mereka adalah anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Tangkak, Zon Muar, Labis, Segamat Putra dan Segamat Jalan Abdullah, yang bertungkus-lumus memadam kebakaran kebun tanah gambut seluas 40 hektar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, A Hamid Awaludin, berkata mereka terpaksa menggunakan beberapa kaedah dan pendekatan baru bagi mengawal dan memadam api yang memusnahkan kebun kelapa sawit, pisang, jambu dan belukar milik penduduk setempat.
Katanya, setakat ini, kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 40 hektar kebun yang terbakar itu berjaya dipadamkan walaupun ia menyebabkan asap tebal. Keadaan itu bagaimanapun tidak menjejaskan penempatan penduduk yang terletak jauh dari kawasan kebakaran.
Guna pendekatan baharu
A Hamid berkata, usaha memadam kebakaran sedang giat dijalankan, termasuk menggunakan beberapa pendekatan baharu bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.
"Semburan secara terus pada bara api selain menggunakan alat perenjis air antara kaedah yang digunakan.
"Kami turut membuat takungan sebagai sumber air, malah ia juga akan meresap dan melembapkan tanah, sekali gus membantu memadamkan bara api dalam tanah yang berpotensi terbakar semula," katanya.
Selain itu, katanya, parit berdekatan turut disekat dan dibina empangan bagi memastikan sumber air tidak berkurangan.
Katanya, beberapa lokasi kebakaran baharu turut dikesan berikutan keadaan cuaca panas dan berangin menyebabkan api sukar dikawal.
10 jam setiap hari
"Kerja memadam dilakukan selama sepuluh jam setiap hari bermula 8 pagi hingga 6 petang berikutan kawasan tanah gambut yang terbakar itu sukar dipadamkan.
"Kami menggunakan enam van, sebuah lori, tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) dan enam pam air untuk kemudahan logistik memandangkan jentera bomba tidak boleh memasuki kawasan kebakaran," katanya.
A Hamid berkata, kawasan berkenaan adalah satusatunya lokasi titik panas di daerah itu dan pernah terbakar pada 2011, dipercayai akibat cuaca panas serta pembakaran terbuka dilakukan penduduk kampung.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M Asojan, berkata pembakaran secara terbuka berisiko untuk merebak ke kawasan berhampiran dan sekiranya tidak dapat dikawal, ia boleh menyebabkan kerugian harta benda.
Katanya, semua pihak perlu memberikan kerjasama dan mengelakkan daripada melakukan pembakaran terutama di kawasan kebun dalam keadaan cuaca panas dan berangin ketika ini.
"Akibat perbuatan segelintir penduduk yang membuat pembakaran terbuka, kira-kira 40 hektar kebun milik penduduk di Sengkang Batu 20 ini hangus terbakar apabila api merebak ke kawasan tanah gambut.
"Meskipun kebakaran itu masih terkawal dan jauh dari penempatan penduduk, saya nasihatkan penduduk supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka bagi mengelakkan kebakaran besar," katanya.
Asojan turut memuji semangat kental anggota bomba yang terbabit dalam operasi itu dan yakin dengan keupayaan pihak bomba mengawal kebakaran dengan kemudahan serta peralatan sedia ada.

04 Februari 2014
28 Januari 2014
BH 28 JANUARI 2014: PERLAWANAN PERSAHABATAN UBL, PUBL
Headline: Perlawanan persahabatan UBL, PUBL
Publication: BH
Date of publication: Jan 28, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 044
Byline / Author: Oleh Hai Rozzaman Jalal
Date of publication: Jan 28, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 044
Byline / Author: Oleh Hai Rozzaman Jalal
Ledang: Faktor usia bukan penghalang pasukan UMNO Bahagian Ledang (UBL) menyahut cabaran beraksi menentang pasukan Pemuda UMNO Bahagian Ledang (PUBL) dalam perlawanan persahabatan bola sepak, di sini, kelmarin.
Pasukan UBL diketuai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Hamim Samuri dan dibarisi pemain merangkumi timbalan ketua bahagian, Datuk Abdul Rahim Talib dan Setiausaha, Mohd Bahri Sakrani serta ahli jawatankuasa.
Buat serangan
PUBL pula membariskan Ketuanya, Sahrihan Jani bersama dengan Naib Ketua, Mohd Jamil Helmi Abd Ghani serta ahli jawatankuasa. Perlawanan persahabatan ini diadakan sempena Cabaran Aspirasi Rentap Bola di padang Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang dekat Serom.
Dalam perlawanan itu, pemain kedua-dua pasukan menunjukkan bakat masing-masing dalam membuat serangan dan mempertahankan gawang daripada ditembusi. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Sementara itu, Hamim berkata, perlawanan persahabatan bola sepak itu bukan saja dapat mengeratkan silaturahim dan semangat kesukanan antara golongan muda dengan veteran malah menambah kecergasan diri.

21 Januari 2014
BH 21 JANUARI 2014: PEMBAKARAN TERBUKA PUNCA TANAH GAMBUT TERBAKAR
Publication: BH
Date of publication: Jan 21, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 024
Date of publication: Jan 21, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 024
Ledang: Pembakaran terbuka dan
cuaca panas dipercayai punca kira-kira 40 hektar tanah gambut milik
pekebun di Sengkang Batu 20 dekat Bukit Gambir di sini, terbakar sejak
Jumaat lalu.
Kawasan terjejas membabitkan ladang kelapa sawit, kebun pisang, jambu dan belukar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, A Hamid Awaludin, berkata operasi memadam kebakaran membabitkan 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Zon Muar, Bukit Gambir, Tangkak, Labis, Segamat Jalan Abdullah dan Segamat Putra.
Kerja memadam 10 jam sehari
Kerja memadam dijalankan lapan jam setiap hari bermula 8 pagi hingga 6 petang berikutan kawasan tanah gambut yang terbakar itu sukar dipadamkan.
Pasukan itu menggunakan enam van, sebuah lori, tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) dan enam pam air untuk kemudahan logistik berikutan jentera bomba tidak boleh memasuki kawasan kebakaran.
"Cuaca panas dan angin kuat menyukarkan kerja memadam api. Operasi itu membabitkan penggunaan air parit, selain membina takungan air bagi mengekalkan paras air.
"Setakat ini, kirakira 20 peratus kawasan kebakaran berjaya dipadamkan dan kami berusaha untuk mengawal dan memadamkan kebakaran dengan segera," katanya.

17 Januari 2014
HARIAN METRO, 17 JANUARI 2014: BELANG WARRIOR B
Publication: HM
Date of publication: Jan 17, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 081
Byline / Author: Oleh Rozzaman Jalal
Date of publication: Jan 17, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 081
Byline / Author: Oleh Rozzaman Jalal
Ledang: Pasukan Ledang
Warrior B mengungguli Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Rentap Bola
selepas menewaskan Padang Lalang FC pada perlawanan akhir baru-baru ini.
Pasukan itu meraih RM1,000 serta medal, manakala Padang Lalang FC RM700 dan medal.
Kejohanan yang disertai 33 pasukan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Ir Hamim Samuri.
Ketua Pemuda UMNO Ledang, Sahrihan Jani, berkata program Rentap Bola adalah sebahagian daripada aktiviti dalam program Jelajah Aspirasi Pemuda bagi mendekatkan kepimpinan parti dengan golongan muda di peringkat akar umbi.
33 pasukan bertanding terdiri daripada 14 pasukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom, 10 dari DUN Gambir manakala 9 pasukan dari DUN Tangkak.
Tempat ketiga milik Pemuda Sungai Mati FC (RM400) dan keempat Jalan Ahmad FC (RM200).
Hadiah disampaikan Naib Ketua UMNO Bahagian Ledang, Mohammad Abu Bakar.

22 Julai 2013
NST 22 JULY 2013: 'GOVT WILL PROTECT OUR DIGNITY'
Headline: `Govt will protect our dignity'
Publication: NST
Date of publication: Jul 22, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 012
Byline / Author: By Hai Rozzaman Jalal
Date of publication: Jul 22, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 012
Byline / Author: By Hai Rozzaman Jalal
LEDANG: THE government will never
sell out the country's dignity and interests with regard to the
Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) negotiations held in Kota
Kinabalu last week.
Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Hamim Samuri said the views of various stakeholders were important, but denied that the government was planning to sell the nation's dignity with its decision.
"The government has always strived to safeguard the people's rights when inking any agreement and will conduct a detailed study first.
"Many quarters are disputing the TPPA, but they should know we will never sell our country's interests to external parties and will not bankrupt the nation.
"We are always looking to expand trade opportunities to increase national earnings which now stand at RM200 billion annually," he said during SME Bank's breaking of fast with 120 orphans at Bukit Gambir Mosque here yesterday.
He assured the people that they had no reason to be anxious as the TPPA negotiations had not been finalised.
"As a developing country that depends on international trade, Malaysia cannot isolate itself, but must participate in such negotiations."
Hamim added that the objections by non-governmental organisations in Kota Kinabalu and Kuala Lumpur to the TPPA negotiations were politically motivated.
Some 200 NGOs held a protest against the TPPA outside the International Trade and Industry Ministry's building in Kuala Lumpur on Friday, calling for the government to pull out of the negotiations.
The protesters, who brought traffic in the area to a temporary standstill, handed over a memorandum to the ministry's deputy secretary-general Mohd Rizal Sheriff.
In Kota Kinabalu, 14 TPPA protesters were arrested by police after gathering outside the Sutera Harbour Resort, where the 18th round of TPPA discussions were being held.

BH 22 JULAI 2013: HAK RAKYAT DIPERTAHAN
Headline: Hak rakyat dipertahan
Publication: BH
Date of publication: Jul 22, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 016
Byline / Author: Oleh Hai Rozzaman Jalal
Date of publication: Jul 22, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 016
Byline / Author: Oleh Hai Rozzaman Jalal
Ledang: Kerajaan tidak akan
sekali-kali menjual maruah negara kepada orang luar apatah lagi sehingga
membawa Malaysia bankrap, dalam rundingan Perjanjian Perkongsian
Trans-Pasifik (TPPA) di Kota Kinabalu, Sabah, minggu lalu.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Hamim Samuri menegaskan kerajaan sebaliknya, akan terus mempertahankan hak rakyat sebelum menandatangani sebarang perjanjian seumpama itu dengan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak.
Katanya, banyak pihak mempertikaikan TPPA tetapi kerajaan tidak akan sesekali menjual kepentingan negara kepada pihak luar.
"Malah kita sentiasa berusaha mencari peluang perdagangan untuk meningkatkan pendapatan yang kini mencecah RM200 bilion setahun," katanya berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan dan Wang Zakat SME Bank di Masjid Jamek Bukit Gambir, dekat sini.
Hadir sama Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus; Pengarah Stakeholders Management, Asbullah Adnan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M Asojan.
Mengenai bantahan pertubuhan bukan kerajaan di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur terhadap perundingan itu, Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang menyifatkan ia bermotif politik semata-mata kerana Malaysia belum memuktamadkan rundingan itu.
Katanya, rakyat tidak perlu bimbang kerana kerajaan tetap mempertahankan kualiti hidup dan hak mereka dengan mengambil kira semua aspek sebelum membuat sebarang keputusan.
Tak boleh asingkan diri
Sebagai negara yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa, katanya, kerajaan tidak boleh mengasingkan diri, sebaliknya turut bersama menyertai perundingan seumpama itu, tetapi pada masa sama negara lain juga perlu memahami kehendak Malaysia.
Beliau berkata, negara lain yang menyertai perundingan itu juga memahami kehendak Malaysia yang sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat sebelum menyetujui sebarang perjanjian.

15 Julai 2013
HARIAN METRO 15 JULAI 2013: NMR BERYANI JUARA GERAI BERSIH
Headline: NMR Beryani juara gerai bersih
Publication: HM
Date of publication: Jul 15, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 031
Date of publication: Jul 15, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 031
Ledang: Gerai NMR Beryani Gam Johor
milik Mohamed Raup Atan dipilih sebagai johan pertandingan Gerai Bersih
Bazar Ramadan 2013 bagi Zon Tangkak, semalam.
Pertandingan anjuran Majlis Daerah Tangkak (MDT) dan Pejabat Kesihatan Ledang itu bertujuan menimbulkan kesedaran dalam kalangan peniaga bazar Ramadan berkaitan penjagaan kualiti dan keselamatan makanan yang dijual.
Pegawai Kesihatan Persekitaran MDT, Muhammad Sidek Arasu Abdullah berkata, pertandingan itu idea Yang Dipertua MDT Ab Han Ramin dan julung kali diadakan di daerah ini, malah menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Johor yang menganjurkannya.
"Kriteria diberi perhatian pada pertandingan ini membabitkan kualiti dan keselamatan makanan, kebersihan pengendali makanan serta kebersihan gerai.
"Selain itu, kesopanan peniaga serta keceriaan dan kekemasan gerai turut diambil kira.
"Pertandingan ini membabitkan tiga bazar Ramadan kelolaan MDT iaitu bazar Ramadan Jalan Naib Long, Jalan Gambir 7, Bukit Gambir dan bazar Ramadan Taman Tun Syed Nasir, Tanjung Agas," katanya.
Penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Ledang Datuk Hamim Samuri diiringi Ab Han.
Muhammad Sidek berkata, tahun ini MDT menyediakan enam tapak bazar Ramadan membabitkan 252 petak.
Enam tapak niaga berkenaan terletak di Jalan Naib Long, Tangkak (56), Taman Tangkak Jaya (30), Jalan Gambir 7, Bukit Gambir (39), Taman Serom Utama (29), Taman Tun Syed Nasir, Tanjung Agas (80) dan 18 petak niaga berdepan sebuah kedai kasut di Tanjung Agas.

11 Julai 2013
NST STREETS JOHOR, 11 JULY 2013: RM4,500 RAISED FOR PALESTINIANS
RM4,500 raised for Palestinians
Publication: NST
Date of publication: Jul 11, 2013
Section heading: Streets
Page number: 002
Byline / Author: By Hai Rozzaman Jalal
Date of publication: Jul 11, 2013
Section heading: Streets
Page number: 002
Byline / Author: By Hai Rozzaman Jalal
LEDANG: The district religious
education office, here, recently launched a campaign to collect funds
for Aman Palestin Johor to help Palestinians in Gaza.
Officer Khalid Ithnin said the funds were collected at 39 religious schools in Ledang, with teachers, pupils and parents making contributions.
"As Muslims, we are saddened by the suffering endured by the Palestinians as they are ill-treated by the Zionist regime," he said.
Khalid said it had taught them the value of peace and stability in the country.
"We hope our contribution would be helpful to them. The fund was launched so that those who would like to make donation could do so through a proper channel," he said.
Khalid said a total of RM4,511.75 was collected. Khalid handed the money to Aman Palestin Johor representative Nurul Ahmady Abd Rahman at the launch of the Ledang District Nadi Al Ansor club at Dewan Terbuka Sekolah Agama Bukit Gambir.
It was witnessed by Serom state assemblyman Abd Razak Minhat.

09 Julai 2013
HARIAN METRO, 09 JULAI 2013: SIJIL PENGUAT SEMANGAT
Headline: Sijil penguat semangat
Publication: HM
Date of publication: Jul 9, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 023
Date of publication: Jul 9, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 023
Ledang: Majlis Daerah Tangkak (MDT)
menjadikan penganugerahan Sijil MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM Berhad
sebagai penguat semangat untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memberi
perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Yang Dipertuanya Ab Han Ramin berkata, peranan dan fungsi PBT dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam amat penting.
"Sebahagian
besar orang awam beranggapan PBT adalah kerajaan bagi mereka.
Maksudnya, pada pandangan mereka, sekiranya baik mutu perkhidmatan
diberi PBT maka baiklah mutu perkhidmatan awam atau kerajaan.
"Sebaliknya,
jika perkhidmatan diberi tidak mencapai jangkaan diharapkan, maka
mereka beranggapan bahawa itulah tahap kualiti perkhidmatan yang diberi
kerajaan," katanya pada majlis penyampaian sijil itu di pejabat MDT.
Penyampaian
sijil itu disempurnakan Ketua Seksyen Elektrikal Dan Elektronik SIRIM
Berhad Zakaria Mohamad Nor. Turut hadir Setiausaha MDT Sulaiman Ismail
dan Ketua Whip MDT Abu Othman.
Ab Han berkata, pelaksanaan MS ISO
9001:2008 dilakukan secara serius sejak 2010 membabitkan sembilan
jabatan di bawah PBT berkenaan.
"Walaupun MDT bukan PBT pertama di negeri ini mendapat pengiktirafan sijil ini, ia amat bermakna kepada warganya," katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)