Publication: HM
Date of publication: Mar 29, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 039
Date of publication: Mar 29, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 039
Ledang: Golongan muda perlu
meneruskan usaha ibu bapa mereka mengusahakan kebun getah kerana
komoditi itu berpotensi meningkatkan pendapatan apabila diusahakan
mengikut sistem amalan pertanian baik (GAP).
Ahli Parlimen Ledang Hamim Samuri berkata, inisiatif Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menubuhkan Kelab Generasi Muda (KGM) RISDA amat tepat bagi menarik golongan itu meneruskan usaha berkenaan.
Penggunaan bahan rangsangan lateks yang diperkenalkan RISDA membantu meningkatkan penghasilan komoditi itu.
Melalui sistem torehan kekerapan rendah, pekebun kecil khasnya golongan muda boleh menoreh sekali setiap tiga hari. Ia boleh dilakukan melalui penggunaan lateks, katanya pada perasmian KGM RISDA, Sarapan Kasih Generasi Muda dan Kempen Penggunaan Bahan Rangsangan Lateks 2013 di Kampung Parit Haji Idris, Bukit Gambir, di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Pengarah RISDA Johor Mohd Soel Hussin, Pegawai RISDA Daerah Ledang/Muar Mohamad Arif Ismail dan Ketua Kampung Parit Haji Idris Ismail Sitam.
Hamim berkata, kerajaan banyak membantu pekebun kecil getah untuk meningkatkan pendapatan mereka bermula daripada penanaman pokok hingga mengeluarkan hasil selain khidmat nasihat daripada kakitangan RISDA.