Publication: BH
Date of publication: Dec 12, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 020
Date of publication: Dec 12, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 020
Ledang: Seorang gadis yang akan
melangsungkan perkahwinan minggu depan, buntu apabila bapa kandungnya
gagal dikesan selepas berpisah dengan ibunya, Aripah Salleh, 58,
kira-kira 21 tahun lalu.
Nurul Azura Mohd Sham (gambar), 28, dari Kampung Sungai Senduk, Grisek, berkata bapanya, Mohd Sham Md Esa, 50-an, yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, gagal dikesan.
Dia amat memerlukan kehadiran bapanya untuk menjadi wali pernikahannya.
"Sejak bapa meninggalkan kami sekeluarga, tiada sebarang berita mengenainya, malah kami sudah berusaha mengesan termasuk di kampung asal di Kuala Pilah namun tidak berhasil.
Menghilang diri
"Ahli keluarga di Kuala Pilah sendiri pun tidak tahu di mana bapa berada kerana sudah lama menghilangkan diri tanpa khabar berita," katanya.
Azura anak sulong daripada dua beradik, berkata segala persiapan untuk majlis perkahwinannya di kampung sudah siap termasuk mengedarkan kad jemputan.
Dia berharap sesiapa mengenali atau mempunyai maklumat bapanya boleh menghubunginya di talian 06-972 8651 dan 018-263 3442 atau bapa saudaranya, Amir Hamzah Hashim di talian 012-303 9252 .

Tiada ulasan:
Catat Ulasan