Puzaiah menunjukkan rempeyek yang sudah siap dibungkus di rumahnya di Kampung Simpang 3, Bukit Serampang, Ledang.
[ FOTO HAI ROZZAMAN JALAL / BH ]
» Suri rumah tambah pendapatan keluarga menerusi jualan kecil-kecilan
"Saya
turut menghantar sendiri kuih yang siap dibungkus ke kedai runcit dan
warung di sekitar FELDA ini dan Kampung Durian Chondong”
Oleh Hai Rozzaman Jalal
bhjb@bharian.com.my
Ledang: Minat
seorang suri rumah membuat kuih tradisional sejak 15 tahun lalu yang
dipasarkan secara kecil-kecilan, berjaya membantu menambah pendapatan
keluarga.
Generasi
kedua FELDA Sri Jaya, dekat Bukit Serampang, Puzaiah Ibrahim, 57, pada
mulanya membuat kuih tradisional seperti rempeyek, tumpi dan maruku bagi
memenuhi masa lapangnya.
Permintaan meningkat
Katanya,
berikutan permintaan terhadap kuih tradisional yang meningkat setiap
hari, beliau menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa, selain
mempunyai empat pembantu.
“Saya
turut menghantar sendiri kuih yang siap dibungkus ke kedai runcit dan
warung di sekitar FELDA ini serta Kampung Durian Chondong.
“Selain
itu, saya turut menerima tempahan pada Aidilfitri dan Aidiladha serta
majlis perkahwinan sehingga tidak menang tangan. Saya turut menerima
tempahan dari Muar, Segamat, Melaka, Seremban dan Selangor,” katanya.
Puzaiah
atau lebih mesra dengan panggilan Mak Yah berkata, bermula dengan
menjalankan semua kerja berseorangan, beliau kini mempunyai pekerja
sendiri bagi memenuhi tempahan pelanggan.
Promosi mulut ke mulut
Katanya,
hasil promosi mulut ke mulut termasuk saudara dan jiran yang pernah
membeli kuihnya menjadikan produknya dikenali ramai dan mendapat
sambutan baik.
“Saya
tidak membuat sebarang promosi. Mungkin saudara-mara terdekat yang
pernah membeli kuih rempeyek atau tumpi ada bercerita kepada jiran atau
rakan mereka sebelum mereka turut membuat tempahan.
“Lebih
menggembirakan apabila ada pelanggan dari Seremban yang membuat
tempahan secara pukal setiap minggu sebelum mereka membuat pembungkusan
sendiri untuk dipasarkan di sana,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan