28 Mac 2014
HARIAN METRO, 28 MAC 2014: STOR MELETUP LAMPU BERKELIP
Headline: Stor meletup lampu berkelip
Publication: HM
Date of publication: Mar 28, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 068
Byline / Author: Oleh Hai Rozzaman Jalal
Ledang: "Ketika membaca al-Quran,
tiba-tiba saya terdengar letupan kecil dari arah stor di belakang
rumah," kata Abdul Halim Mokhtar, 55, yang tinggal sehelai sepinggang
apabila rumahnya di Kampung Parit Haji Idris, Bukit Gambir, di sini,
musnah dalam kebakaran, kelmarin.
Menurutnya, sejurus letupan
kecil kedengaran, lampu di ruang tamu rumahnya tiba-tiba berkelip
menyebabkan dia bangun untuk menyiasat apa yang berlaku dalam kejadian
pada jam 8 malam itu.
"Sebaik pulang daripada menunaikan solat
Maghrib di surau, seperti biasa saya membaca al-Quran, bagaimanapun
tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi letupan kecil dari stor sebelum
mendapati api marak.
"Dalam keadaan panik dan gelap, saya cuba
menyelamatkan dokumen penting dan pakaian, namun tidak sempat kerana api
marak dengan cepat dan hanya mampu mengalihkan kereta di depan rumah,"
katanya
Abdul Halim berkata, ketika kejadian dia bersama isteri,
Afidah Md Arif, 53, dan anak bongsunya, Siti Izzatul Akila, 14, berada
di rumah manakala ahli keluarga lain belum pulang dari tempat bekerja.
"Sebuah
kereta PROTON Saga dan skuter yang diletakkan di garaj di sebelah rumah
turut musnah disambar api apabila kami tidak sempat mengalihkannya.
"Walaupun
dokumen penting dan barangan dalam rumah berusia 25 tahun itu hangus,
saya bersyukur kerana isteri dan anak terselamat," katanya.
Abdul
Halim yang mengusahakan makanan sejuk beku bersama isterinya turut
bersyukur kerana kilang terletak berhampiran rumahnya tidak terjejas.
Sementara
itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir A Hamid Awaludin
yang mengetuai operasi itu berkata, sebaik menerima panggilan pada jam
8.15 malam, sebuah jentera dengan enam anggota dikejarkan ke tempat
kejadian.
27 Mac 2014
21 Mac 2014
10 Mac 2014
BH SUKAN, 10 MAC 2014: KARNIVAL SUKAN PARIT PULAI MERIAH
Headline: Karnival sukan Parit Pulai meriah
Publication: BH
Date of publication: Mar 10, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 045
Byline / Author: Oleh Hai Rozzaman Jalal
Ledang: Karnival Sukan 2014 anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Pulai bersama UMNO Bahagian Ledang selama dua hari di sini, baru-baru ini menyemarakkan semangat kesukanan di kalangan penduduk kampung di daerah ini.
Pengerusi
JKKK Parit Pulai, Mohd Som Leman, berkata program itu disertai
kira-kira 350 orang merangkumi penduduk pelbagai latar belakang dan
peringkat umur.
Katanya, penganjurannya antara lain bertujuan memupuk semangat kerjasama selain mengeratkan hubungan antara masyarakat kampung.
"Pelbagai
acara diadakan sepanjang program termasuk pertandingan futsal, bola
jaring, merentas desa dan sukaneka yang disertai pelbagai golongan
termasuk kanak-kanak dan belia.
"Bagi golongan dewasa pula,
mereka dihidangkan dengan pertandingan memancing, gubahan, masakan kuih
lapis dan karaoke yang kebanyakannya mendapat sambutan baik peserta,"
katanya.
Mohd Som berkata, perasmian karnival itu disempurnakan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abdul Razak Minhat manakala
penutupan dilakukan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri merangkap Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Hamim Samuri.
Acara tahunan
Katanya,
karnival sukan itu berjaya mencapai objektif apabila golongan sasaran
di kalangan penduduk kampung turut serta dalam program itu, sekali gus
mendorong pihaknya menganjurkan ia sebagai acara tahunan.
"Penganjur
gembira dengan sambutan yang diberikan semua pihak terbabit dan
berharap ia akan terus mendapat sokongan apabila diadakan pada masa
depan," katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)