Headline: Stor meletup lampu berkelip
Publication: HM
Date of publication: Mar 28, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 068
Byline / Author: Oleh Hai Rozzaman Jalal
Ledang: "Ketika membaca al-Quran,
tiba-tiba saya terdengar letupan kecil dari arah stor di belakang
rumah," kata Abdul Halim Mokhtar, 55, yang tinggal sehelai sepinggang
apabila rumahnya di Kampung Parit Haji Idris, Bukit Gambir, di sini,
musnah dalam kebakaran, kelmarin.
Menurutnya, sejurus letupan
kecil kedengaran, lampu di ruang tamu rumahnya tiba-tiba berkelip
menyebabkan dia bangun untuk menyiasat apa yang berlaku dalam kejadian
pada jam 8 malam itu.
"Sebaik pulang daripada menunaikan solat
Maghrib di surau, seperti biasa saya membaca al-Quran, bagaimanapun
tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi letupan kecil dari stor sebelum
mendapati api marak.
"Dalam keadaan panik dan gelap, saya cuba
menyelamatkan dokumen penting dan pakaian, namun tidak sempat kerana api
marak dengan cepat dan hanya mampu mengalihkan kereta di depan rumah,"
katanya
Abdul Halim berkata, ketika kejadian dia bersama isteri,
Afidah Md Arif, 53, dan anak bongsunya, Siti Izzatul Akila, 14, berada
di rumah manakala ahli keluarga lain belum pulang dari tempat bekerja.
"Sebuah
kereta PROTON Saga dan skuter yang diletakkan di garaj di sebelah rumah
turut musnah disambar api apabila kami tidak sempat mengalihkannya.
"Walaupun
dokumen penting dan barangan dalam rumah berusia 25 tahun itu hangus,
saya bersyukur kerana isteri dan anak terselamat," katanya.
Abdul
Halim yang mengusahakan makanan sejuk beku bersama isterinya turut
bersyukur kerana kilang terletak berhampiran rumahnya tidak terjejas.
Sementara
itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir A Hamid Awaludin
yang mengetuai operasi itu berkata, sebaik menerima panggilan pada jam
8.15 malam, sebuah jentera dengan enam anggota dikejarkan ke tempat
kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan