Headline: Kerjasama bersih kubur
Publication: HM
Date of publication: May 24, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 038
Date of publication: May 24, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 038
LEDANG: Lebih 150 penduduk serta 60
anggota Briged Waqaf Johor Corporation (JCorp) bergotong-royong
membersihkan Tanah Perkuburan Islam Serom 8 dan Surau Omar Hassan di
Kampung Serom 8, di sini, baru-baru ini.
Pengerusi jawatankuasa kampung itu, Ithnin Kassim berkata, program berkenaan anjuran bersama JCorp dan Pejabat Agama Daerah Ledang.
"Tanah perkuburan seluas empat hektar ini tempat persemadian jenazah penduduk Kampung Serom 5, 6 dan 8 serta Seri Jaya, Parit Pulai, Parit Bunga Raya Hujung juga Simpang 5 Darat.
"Peserta menyertai majlis tahlil sebelum bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran kubur selain mengecat batu nesan," katanya.
Program dirasmikan Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri dan dihadiri Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin; Pengurus Besar Jabatan Khidmat Hartanah JCorp, Shamsudin Md Yunos; Pengerusi Sahabat Dakwah Daerah Ledang, Ab Majid Mistam dan Ketua Kampung Serom 8, Amjah Marzuki.
Selain membersihkan tanah perkuburan, anggota Briged Waqaf JCorp turut membantu membersih dan mengecat Surau Omar Hassan selain membersihkan kawasan persekitaran kampung berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan