Oleh Hai Rozzaman Jalal
bhjb@bharian.com.my
Ledang: Lebih 50 keluarga penduduk Taman Pulai Utama, Serom di sini, terpaksa mengharungi kehidupan harian dalam suasana tidak selesa berikutan gangguan lalat setiap hari.
Keadaan
itu merisaukan mereka terutama ketika menghidangkan makanan kepada ahli
keluarga apabila lalat menghurung makanan jika tidak ditutup segera.
Punca daripada reban ayam
Mereka
mendakwa keadaan itu berpunca daripada reban ayam yang diusahakan
pengusaha berhampiran taman itu dan keadaan berlarutan sejak tiga minggu
lalu.
Tinjauan
BH mendapati kedudukan reban ayam hanya 500 meter dari kediaman
penduduk dan lalat sentiasa berterbangan menghurung kawasan rumah t e r u
t a m a mereka yang tinggal sekitar Jalan Pulai 6.
Penduduk,
Tio Lian Hua, 51, berkata masalah lalat yang banyak m e n j e j a s k a
n aktiviti harian penduduk terutama ketika menyediakan makanan untuk
keluarga.
“Penduduk
terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah sepanjang masa bagi
mengelakkan lalat memasuki rumah selain pencemaran bau busuk.
“Penyelenggaraan
dan pengawalan yang tidak dilaksanakan secara berkala menyebabkan lalat
membiak dengan banyak dan kami menjadi mangsanya,” katanya ketika
ditemui.
Lian
Hua berkata, keluarganya terpaksa menumpang rumah anaknya di pekan
Bukit Gambir sejak seminggu lalu akibat tidak tahan kehadiran lalat yang
semakin banyak setiap hari.
Keadaan lebih buruk ketika hujan
Suri rumah, Zuriyana Kamiso, 28, berkata keadaan lebih buruk berlaku ketika musim hujan apabila lalat membiak dengan banyak.
Beliau
berkata, kebiasaannya gangguan lalat hanya berlaku satu atau dua minggu
saja tetapi kini sudah berlarutan hingga tiga minggu dan semakin
mengganggu keselesaan penduduk.
“Kami tidak tahan lagi dengan masalah gangguan lalat ini yang semakin banyak dan khuatir kesihatan anak turut terjejas.
“Apabila
ada majlis keramaian seperti kenduri atau perayaan, tetamu yang hadir
juga tidak selesa apabila makanan yang disediakan dihurung lalat, “
katanya yang tinggal di taman itu sejak dua tahun
lalu.
Jirannya,
Teo Keng Ching, 35, mahu pihak bertanggungjawab mengambil tindakan
segera mengatasi masalah yang membelenggu penduduk taman berkenaan.
Katanya,
pada awal Januari lalu, penduduk pernah membuat aduan kepada pihak
berkaitan mengenai masalah sama dan pengusaha mematuhinya susulan
tindakan pihak berkuasa, namun kini masalah itu berulang semula.
“Kami
berharap pihak bertanggungjawab dapat memastikan pengusaha ternakan
mematuhi syarat dengan menyelenggara dan membasmi lalat dan bau busuk
secara berkala demi keselesaan dan kesihatan penduduk di sini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan