Headline: Tempat ke-3 pertandingan poster saintifik
Publication: HM
Date of publication: Nov 3, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 044
Date of publication: Nov 3, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 044
LEDANG: Jabatan Kesihatan Awam
Majlis Daerah Tangkak (MDT), menduduki tempat ketiga dalam pertandingan
poster saintifik pada Persidangan Kesihatan Persekitaran Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) kali ke-5, di Shah Alam, Selangor, kelmarin.
Persidangan tahunan anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu diadakan sejak 2008.
Pegawai Kesihatan Persekitaran MDT, Muhammad Sidek Arasu Abdullah berkata, persidangan itu dijadikan landasan untuk membentang dan membincangkan kertas kerja serta poster saintifik berkaitan kesihatan persekitaran.
"Kertas kerja dan poster saintifik itu dibentang serta dibincangkan di kalangan pegawai teknikal setiap PBT selain profesional dalam bidang kesihatan persekitaran.
"Pada pertandingan poster saintifik, MDT membentangkan tajuk 'Keberkesanan Penggubalan Prosedur Penetapan Kadar Bayaran (PPKB) Bagi Maksud Mengkehendaki Kacau Ganggu Dihapuskan Dalam Mengatasi Masalah Semak Samun di Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Tangkak'.
"Prosedur PPKB ini diwujudkan bagi menyediakan sistem kerja untuk memudahkan MDT mengatasi masalah kacau ganggu di kawasan pentadbirannya dengan berkesan," katanya.
Menurut beliau, PPKB diwujudkan bagi membolehkan MDT menuntut kos bayaran pentadbiran dan operasi secara sistematik kepada pemilik persendirian yang membiarkan tanah dipenuhi semak samun.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan