21 April 2013

BH AHAD, 21 APRIL 2013: TARIK DIRI TAK DAPAT RESTU IBU

Headline: Tarik diri tak dapat restu ibu
Publication: BM
Date of publication: Apr 21, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 016

Ledang: Seorang calon Bebas membatalkan hasrat bertanding kerusi Parlimen Ledang selepas tidak mendapat restu ibunya untuk berbuat demikian.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Mohd Zan Abu, 48, mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen Ledang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.

Katanya, beliau terpaksa membatalkan hasrat bertanding kerusi Parlimen apabila ibunya, Umiyati Barzaki, 66, tidak merestui perbuatan itu ketika dihubunginya sebelum menyerahkan borang penamaan calon.

Enggan benarkan

Sejak semalam (kelmarin) saya cuba meminta restunya bertanding kerusi itu dan sekali lagi pagi ini saya menghubunginya bagi mendapatkan restu namun dia enggan membenarkannya.

Tetapi hasrat saya bertanding kerusi DUN Gambir tidak mendapat halangan ibu, jadi saya menyerahkan borang pencalonan jam 9.12 pagi ini, katanya di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak.

Kerusi Parlimen Ledang disandang Hamim Samuri, mankala DUN Gambir disandang M Asojan sejak dua penggal lepas.

Mohd Zan yang bertanding menggunakan simbol pokok, mendakwa menawarkan diri kerana pemimpin BN gagal mendengar aspirasi rakyat khususnya peringkat akar umbi.

18 April 2013

BH, 18 APRIL 2013: SISWA UMP BERKELANA DI LEDANG

Headline: Siswa UMP berkelana di Ledang
Publication: BH
Date of publication: Apr 18, 2013
Section heading: Varsiti
Page number: 009

Ledang: Pembabitan tiga mahasiswa antarabangsa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Yaman dan Sudan dalam program Kejuruteraan Komuniti Ledang 2013 (KKKL 2013) anjuran Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (PERKASA) memberi pengalaman amat berharga kepada mereka.

Walaupun hanya tiga hari berkampung di Kampung Parit Jarum Darat, Bukit Gambir, program terbabit memberi pengalaman menyeronokkan apabila peserta berpeluang tinggal bersamasama keluarga angkat yang peramah.

Mahasiswa dari Yaman, Aiman Hasan Hamood Al Masodi, berkata program KKL 2013 memberi peluang kepadanya mengenali budaya tradisional masyarakat di Ledang, malah mengingatkannya akan kampung halamannya.

Saya sangat seronok berada di sini kerana masyarakatnya peramah dan baik hati.

Kenangan menjadi anak angkat satu pengalaman mengagumkan untuk bercerita mengenai Malaysia kepada keluarga kelak, katanya.

Sumbangan siswa

Rakannya, Hamdi Abdullah Modehish, berkata program itu menyedarkan beliau pentingnya peranan mahasiswa menyumbang kembali ilmu kejuruteraan yang dipelajari kepada komuniti.

Katanya, banyak perkara yang dipelajari mengenai budaya masyarakat tempatan sepanjang menjadi anak angkat dan berharap dapat menyertai lagi program khidmat masyarakat pada masa akan datang.

Kami dapat belajar banyak perkara khususnya budaya gotongroyong masyarakat kampung yang menjadi amalan untuk mengeratkan silaturahim dan perpaduan, katanya.

11 April 2013

HARIAN METRO, 11 APRIL 2013: KUTIP PENGALAMAN URUS SPA

Headline: Kutip pengalaman urus spa
Publication: HM
Date of publication: Apr 11, 2013
Section heading: Variasi
Page number: 015
Byline / Author: Oleh Hai Rozzaman Jalal

Bekerja untuk meraih pengalaman, ternyata sesuatu yang sangat berbaloi buat Suraya Sulaiman, 32.

Usahawan wanita ini menimba pengalaman dengan bekerja selama empat bulan di sebuah spa di Kompleks Pasar Tani Kekal Bukit Gambir, Muar, sebelum dia mengambil alih perniagaan berkenaan awal Mac lalu.

Pemilik Aurarich Beauty Spa ini mengakui, selain bekerja untuk menimba pengalaman dan selok-belok pengurusan spa, dia turut mengikuti kursus jangka pendek di Kolej Komuniti Muar dalam bidang berkenaan.

Dia juga mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM20,000 bagi mengambil alih premis itu daripada pemilik sebelumnya.

Minat dalam perniagaan mendorong saya untuk mencuba walaupun banyak halangan dan dugaan perlu ditempuh.

Sebelum ini, saya pernah menjalankan perniagaan restoran di Tangkak, namun apabila berpindah ke lokasi lain, perniagaan berkenaan kurang mendapat sambutan sebelum mencuba perniagaan spa, katanya.

Menurut Suraya, berkat dorongan suami Azrie Swardi, 33, dan keluarga, dia tekad menceburi perniagaan itu yang menawarkan perkhidmatan rawatan wajah, resdung, sauna herba, urutan herba, spa kaki dan terapi kaki.

Dia bersyukur kerana pelanggan tetap yang pernah mendapatkan perkhidmatan di premis itu terus memberikan sokongan, ditambah dengan kehadiran pelanggan baru.

Menurutnya, Aurarich Beauty Spa dirasmikan pembukaannya oleh Pegawai Penyelaras Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Muar/Ledang, Mohd Nazri Zakaria.

Selain menyediakan perkhidmatan rawatan kecantikan dan spa, premis ini memasarkan produk kecantikan dan kesihatan untuk merawat kulit muka bermasalah.

Kami beroperasi setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang dan turut memberi peluang kepada pengunjung Pasar Tani Bukit Gambir untuk mencuba terapi rendaman kaki yang popular masa kini, katanya.

Menurut Suraya, dia juga berterima kasih kepada kerajaan menerusi FAMA kerana menyewakan premis berkenaan pada kadar berpatutan.

Pada masa sama, FAMA turut menyediakan lokasi khas untuk kami melakukan promosi. Ia cukup membantu peniaga seperti saya untuk mengukuhkan lagi perniagaan, katanya.

BH VARSITI, 11 APRIL 2013: MENYELAMI KEHIDUPAN WARGA KAMPUNG

Headline: Menyelami kehidupan warga kampung
Publication: BH
Date of publication: Apr 11, 2013
Section heading: Varsiti
Page number: 008

Ledang: Program Kejuruteraan Komuniti Ledang 2013 (KKL 2013) yang diadakan di Kampung Parit Jarum Darat dekat Bukit Gambir, baru-baru ini, disertai 41 pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Pengarah program, Khairull Azman Saleh, berkata selama tiga hari bersama-sama keluarga angkat di Kampung Parit Jarum Darat, Parit Haji Idris dan Parit Kassan memberi pengalaman berharga selain menyelami kehidupan masyarakat kampung.

Katanya, peserta dapat mempelajari keunikan budaya dan kesenian setempat menerusi program bersamasama keluarga angkat masing-masing.

Program KKL 2013 satu inisiatif bersifat serampang tiga mata bagi mewujudkan jaringan sosial dalam kalangan masyarakat, pemimpin dan universiti.

Kesedaran sosial itu penting bagi memberi impak kepada pembentukan sahsiah pelajar selain mendedahkan suasana kehidupan bermasyarakat menerusi keluarga angkat masingmasing, katanya ketika ditemui dalam majlis perasmian penutup program itu oleh Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri di Balai Raya Parit Jarum Darat.

Dekati masyarakat

Program selama tiga hari itu anjuran Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (PERKASA) yang menjadi medium terbaik kepada mahasiswa pelbagai latar belakang untuk menyelami corak kehidupan, keunikan budaya dan kesenian masyarakat setempat.

Khairull Azman berkata, program itu dapat memberi kefahaman kepada peserta pentingnya menuntut ilmu dan menyumbang kembali ilmu yang dipelajari kepada masyarakat untuk manfaat semua.

Katanya, antara pengisian program itu ialah gotong-royong, ziarah komuniti, bengkel strategi pelajar cemerlang, perlawanan bola sepak, sukaneka dan malam karnival kesenian.

Hamim pula berkata program KKL 2013 itu perlu dijadikan peluang untuk membina masyarakat yang lebih maju berdasarkan misi yang dibawa untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan yang dimiliki bagi memenuhi keperluan hidup masyarakat kampung.

08 April 2013

BH, 08 APRIL 2013: RAKANBH PROGRAM RISDA DI PT HJ IDRIS


Publication: Berita Harian

Publication date: Apr 8, 2013

Copyright: NSTP

Section: Main Section

Page number: 024

04 April 2013

BH VARSITI, 04 APRIL 2013: PELAJAR UMP DI PT JARUM DARAT

Publication: Berita Harian

Publication date: Apr 4, 2013

Copyright: NSTP

Section: Varsiti

Page number: 012

HARIAN METRO 04 APRIL 2013: PARIT KASSAN TIADA TANDINGAN


Parit Kassan tiada tandingan 
Publication: HM
Date of publication: Apr 4, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 074
Byline / Author: Oleh Hai Rozzaman Jalal

Ledang: Pasukan Parit Kassan FC berjaya menumpaskan Universiti Malaysia Pahang (UMP) FC, 5-2 pada perlawanan persahabatan bolasepak sempena Program Kejuruteraan Komuniti Ledang 2013 (KKL2013), baru-baru ini.

Perlawanan persahabatan itu anjuran Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (PERKASA) diadakan di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kasan, Bukit Gambir.

Pengarah program Khairull Azman Saleh berkata, perlawanan persahabatan itu bertujuan menjalin semangat kesukanan antara belia kampung itu dengan pelajar UMP yang menjalankan program khidmat masyarakat selama tiga hari.

Katanya, selain memupuk semangat bersukan ia turut menjalin hubungan persahabatan kedua-dua pihak.

Pada perlawanan itu, Parit Kassan FC selaku tuan rumah menyumbat dua gol pada babak pertama, manakala tiga gol lagi diperoleh dalam aksi separuh masa kedua.

Pada saat akhir permainan, pasukan UMP FC berjaya melepasi gawang lawan dengan menjaringkan dua gol.

Khairull Azman berkata, selain perlawanan persahabatan bolasepak, pelajar UMP turut mengadakan program sukaneka bersama murid SK Parit Kasan.

Sementara itu, Ketua pasukan Parit Kassan FC Mohamad Farhan Mohd Janis berkata, perlawanan persahabatan bola sepak itu dapat memberi maklumat berfaedah kepada golongan belia di kampungnya yang menjadikan aktiviti itu sebagai sukan riadah setiap petang.

03 April 2013

BH 03 APRIL 2013: RAKANBH ARTIS DI KESANG TASEK



Publication: Berita Harian

Publication date: Apr 3, 2013

Copyright: NSTP

Section: Main Section

Page number: 024