21 April 2013

BH AHAD, 21 APRIL 2013: TARIK DIRI TAK DAPAT RESTU IBU

Headline: Tarik diri tak dapat restu ibu
Publication: BM
Date of publication: Apr 21, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 016

Ledang: Seorang calon Bebas membatalkan hasrat bertanding kerusi Parlimen Ledang selepas tidak mendapat restu ibunya untuk berbuat demikian.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Mohd Zan Abu, 48, mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen Ledang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.

Katanya, beliau terpaksa membatalkan hasrat bertanding kerusi Parlimen apabila ibunya, Umiyati Barzaki, 66, tidak merestui perbuatan itu ketika dihubunginya sebelum menyerahkan borang penamaan calon.

Enggan benarkan

Sejak semalam (kelmarin) saya cuba meminta restunya bertanding kerusi itu dan sekali lagi pagi ini saya menghubunginya bagi mendapatkan restu namun dia enggan membenarkannya.

Tetapi hasrat saya bertanding kerusi DUN Gambir tidak mendapat halangan ibu, jadi saya menyerahkan borang pencalonan jam 9.12 pagi ini, katanya di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak.

Kerusi Parlimen Ledang disandang Hamim Samuri, mankala DUN Gambir disandang M Asojan sejak dua penggal lepas.

Mohd Zan yang bertanding menggunakan simbol pokok, mendakwa menawarkan diri kerana pemimpin BN gagal mendengar aspirasi rakyat khususnya peringkat akar umbi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan