18 April 2013

BH, 18 APRIL 2013: SISWA UMP BERKELANA DI LEDANG

Headline: Siswa UMP berkelana di Ledang
Publication: BH
Date of publication: Apr 18, 2013
Section heading: Varsiti
Page number: 009

Ledang: Pembabitan tiga mahasiswa antarabangsa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Yaman dan Sudan dalam program Kejuruteraan Komuniti Ledang 2013 (KKKL 2013) anjuran Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (PERKASA) memberi pengalaman amat berharga kepada mereka.

Walaupun hanya tiga hari berkampung di Kampung Parit Jarum Darat, Bukit Gambir, program terbabit memberi pengalaman menyeronokkan apabila peserta berpeluang tinggal bersamasama keluarga angkat yang peramah.

Mahasiswa dari Yaman, Aiman Hasan Hamood Al Masodi, berkata program KKL 2013 memberi peluang kepadanya mengenali budaya tradisional masyarakat di Ledang, malah mengingatkannya akan kampung halamannya.

Saya sangat seronok berada di sini kerana masyarakatnya peramah dan baik hati.

Kenangan menjadi anak angkat satu pengalaman mengagumkan untuk bercerita mengenai Malaysia kepada keluarga kelak, katanya.

Sumbangan siswa

Rakannya, Hamdi Abdullah Modehish, berkata program itu menyedarkan beliau pentingnya peranan mahasiswa menyumbang kembali ilmu kejuruteraan yang dipelajari kepada komuniti.

Katanya, banyak perkara yang dipelajari mengenai budaya masyarakat tempatan sepanjang menjadi anak angkat dan berharap dapat menyertai lagi program khidmat masyarakat pada masa akan datang.

Kami dapat belajar banyak perkara khususnya budaya gotongroyong masyarakat kampung yang menjadi amalan untuk mengeratkan silaturahim dan perpaduan, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan