Date of publication: Jan 9, 2011
Section heading: Main Section
Page number: 008
LEDANG: Tiga petugas syarikat kawalan keselamatan menempuh saat cemas apabila van dinaiki mereka yang membawa 20 karung wang tunai terbabas serta berpusing beberapa kali sebelum terbalik di Jalan Bukit Gambir-Sagil dekat Parit Kassan, di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Nurul Akmal Mohd Hazin, 24, yang memandu van patah bahu, manakala juruteknik mesin ATM syarikat itu, Mohd Ridzuan Paiman, 22, cedera di kepala terkena serpihan kaca.
Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tangkak, manakala pengawal keselamatan, Muhamad Izwan Othman, 27, tidak cedera. Sepasukan anggota Balai Polis Bukit Gambir tiba sejurus kemalangan untuk mengawal lokasi terbabit.
Muhamad Izwan berkata, beliau duduk di belakang pemandu apabila tiba-tiba kenderaan itu hilang kawalan lalu berpusing enam kali dan terbalik di tepi jalan.
"Kami dalam perjalanan dari Bukit Gambir ke Kolej Matrikulasi Johor dekat Tangkak bagi menyelenggara mesin ATM. Kami bernasib baik apabila van tidak merempuh tiang elektrik atau jatuh ke dalam sungai," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan